Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
ultraviolet visible UV/Vis spectrophotometerAlat yang digunakan untuk menentukan sebatian kimia dengan mengukur penyerapan cahaya yang merentasi ultraungu dan cahaya tampak.
ultraviolet visible near infrared spectroscopyKaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 2000 nm).
photosensorPeranti elektronik yang mengesan kehadiran cahaya tampak, sinaran inframerah, atau sinaran ultralembayung. Kebanyakan fotosensor terdiri daripada bahan semikonduktor yang mempunyai sifat fotokekonduksian, iaitu kekonduksian elektrik berubah dengan keamatan sinaran yang menimpa permukaan fotosensor. Contoh fotosensor ialah fotodiod, fototransistor dwikutub, dan fotoFET (transistor fotopeka kesan-medan). Fotosensor sinaran ultralembayung menggunakan fotodiod nanorod zink oksida. Fotosensor digunakan dalam sistem optik gentian, pengimbas optik, pemacu cakera optik dan peranti kawalan jauh.
fluorescenceLuminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut.
photonicsBidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi.
optical microscopyKaedah untuk menganalisis sampel dengan lebih jelas melalui pembesaran imej dari kanta dengan cahaya tampak. Kaedah ini mula digunakan pada abad ke-18 dan masih digunakan hingga hari ini.
photodynamic theraphyTerapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser.
nanometerUkuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm.
Rayleigh scatteringProses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang.
1
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.



Lihat selanjutnya...