Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mohon berikan terjemahan BI untuk pantun ini Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. Terima kasihMohon maaf tuan/puan, kami tidak memberi perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk bantuan tersebut. Terima kasih.Lain-lain25.09.2018
1. Terima kasih kerana sudi menerima temu bual daripada/dengan saya? Terima kasihTerima kasih kerana sudi menerima undangan temu bual daripada saya.Tatabahasa10.08.2014
"Kenapa sudi jadikan bayi yang di buang sebagai anak sendiri?" Dari segi bahasa adakah ayat di atas adalah betul? Diharap pihak DBP boleh bagi kami cadangan ayat yang sesuai. Ini adalah bagi penerbitan Buku Program yang akan dicetak 18hb Mei 2012.Ayat yang betul ialah Mengapakah anda sudi menjadikan bayi yang dibuang sebagai anak sendiri?Tatabahasa24.04.2012
Salam, adakah penggunaan huruf besar/huruf kecil sesuai untuk merujuk perkataan 'datuk' dalam ayat di bawah? "Terima kasih, datuk kerana sudi merasmikan Ekspo Pertanian ini," kata Encik Lim kepada Datuk Yap. Terima kasih.Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Terima kasih Datuk kerana sudi merasmikan Ekspo Pertanian ini," kata Encik Lim kepada Datuk Yap. Perkataan "Datuk" ialah gelaran kehormat, perlu dimulakan dengan huruf besar.Tatabahasa13.03.2015
Mohon penelitian ayat di bawah : Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital .....sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi perkhidmatan yang diberi kepada tuan/puan. Dengan cadangan yang telah diberikan, kami percayai ianya dapat membantu kami dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan. sekiranya pihak DBP ada cadangan ayat yang lebih baik, mohon cadangan jua. Sekian, terima kasih.Ayat tersebut boleh dibuat sedikit pindaan bagi memperkemas tatabahasanya, "Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital ... sentiasa berusaha untuk memperbaik perkhidmatan yang diberikan kepada tuan/puan".Tatabahasa06.02.2014
Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang.Tatabahasa28.12.2023
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "job function" merujuk kepada set tugas atau aktiviti rutin yang dijalankan oleh seseorang yang memegang sesuatu jawatan. Istilah ini digunakan untuk menghuraikan jawatan semasa memaklumkan keperluan syarikat kepada pemohon pekerjaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "job function" - "fungsi kerja" atau apa-apa terjemahan yang lain?Padanan yang sesuai untuk perkataan Job Function ialah Fungsi Kerja atau Fungsi Tugas.Penyemakan dan penterjemahan03.10.2019
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "primer" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada sebuah buku pengenalan kecil yang mengandungi fakta asas mengenai sesuatu subjek, yang digunakan terutamanya apabila seseorang mula belajar tentang subjek itu. Bolehkah "buku pengenalan" atau "buku teks" diterima sebagai terjemahan untuk "primer", memandangkan penggunaan buku tersebut tidak terhad kepada murid sekolah?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat padanan maksud bagi perkataan primer yang merujuk kepada buku pengenalan atau buku teks. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan merakamkan maksud primer sebagai yang pertama, yang terpenting atau yang utama. Manakala, introductory school textbook menjurus maksud yang khusus, iaitu buku teks peringkat permulaan (khusus untuk buku teks sahaja).Penyemakan dan penterjemahan26.08.2019
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "case by case basis" digunakan untuk menggambarkan keputusan yang dibuat secara berasingan, masing-masing mengikut fakta keadaan tertentu - dalam kata lain - mempertimbangkan setiap kes secara berasingan dan bukannya mempertimbangkan beberapa kes secara keseluruhannya. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "case by case basis"? Sekali lagi, terima kasih.Perkataan case by case basis boleh diterjemahkan kepada kes mengikut kes, seperti keputusan berasingan yang dibuat kes mengikut kes.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2019
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) Apakah perbezaan antara "diminta" dan "dipinta"? 2) Hasil carian pada tapak web PRPM beberapa hari yang lalu nampaknya tidak lagi merangkumi bahagian Khidmat Nasihat, dan bahagian Istilah BM yang tertera adalah terhad. Adakah keadaan ini kekal atau buat sementara waktu sahaja?Pinta sama maksud dengan minta/meminta. Di bawah kata pinta hanya ada beberapa kata terbitan seperti terpinta dan pintaan, berbanding dengan kata minta boleh menerbitkan lebih banyak kata seperti meminta, berminta, memintai, peminta dan permintaan. Oleh itu, pembentukan kata yang lebih tepat ialah diminta, iaitu bentuk pasif bagi kata kerja meminta.Tatabahasa13.08.2019
Tesaurus
 
sudi (kata kerja)
Bersinonim dengan tidak keberatan bersedia, rela, sanggup, reda, suka, mahu, ingin, ambuh, embuh;,
Kata Terbitan : bersudikan, mempersudikan, kesudian,

Puisi
 

Kain kudi di atas atap,
     Belum patah jarum hilang;
Kalau sudi abang bersantap,
     Kalau tak sudi janganlah buang.



Lihat selanjutnya...