Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 


Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu
Kata Takrif Sumber
mahu1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sudi I1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi di­katanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menja­dikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (meman­cing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,