Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh, dan stabil">stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
Assalam tuan, Mohon penjelasan tentang kesalahan ayat di bawah:- Kedua adik-beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.Ayat yang betul ialah kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada dalam keadaan stabil dan selamat. Kedua-dua bukan kedua, dalam bukan di dalam, dan keadaan stabil (buang kata hubung yang). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa25.08.2016
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TKDalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi.Tatabahasa11.06.2012
Assalam tuan, Mohon penjelasan ayat di bawah tentang kesalahan kata, istilah dan tatabahasa Kedua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.Ayat yang betul ialah kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada dalam keadaan stabil dan selamat. Kedua-dua bukan kedua, dalam bukan di dalam, dan keadaan stabil (buang kata hubung yang). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa25.08.2016
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan GeethaSalam sejahtera,

Puan,

Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2019
Kenapa tak boleh buat carian ni. Asyik keluar page maklumbalas saja!Sila gunakan google chrome untuk carian yang lebih stabilLain-lain21.11.2016
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul adalah seperti yang berikut:

12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita.

2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu.

3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti.

Tatabahasa08.12.2011
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CKNya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas.Tatabahasa19.01.2012
boleh saya tahu perkataan yang paling tepat untuk saya gantikan perkataan KONDUSIF.berikut adalah petikan ayat yang kami gunakan perkataan tersebut. "Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti industri tembakau berpandukan undang-undang, dasar kerajaan dan peraturan yang ditetapkan untuk mewujudkan persekitaran industri yang stabil dan kondusif" Sekian.Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, manakala dalam istilah undang-undang bermaksud berfaedah.Istilah23.07.2008
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'fingerprinting' dalam konteks teknikal? Contoh penggunaan: Bahasa Inggeris: Fingerprinting Of Surface Water And Groundwater Contamination From Landfill Leachate Using Stable Isotopes Of 2H, 13C and 18O. Terjemahan Bahasa Melayu: 'Fingerprinting' pencemaran air permukaan dan air tanah dari air larutresap tapak kambus tanah menggunakan isotop-isotop stabil 2H, 13C and 18O. Sekian, terima kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada padanan/terjemahan bagi kata fingerprinting dalam konyeks yang dinyatakan. Kami akan merujuk pakar bidang peristilahan dan memerlukan sedikit masa untuk menanganinya. Kami akan memaklumkan jawapan berkenaan melalui alamat e-mel yang didaftarkan.Istilah22.02.2011
Tesaurus
 
stabil (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;,
Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan,