Kata |
Takrif |
Sumber |
mantap | tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mantap | 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stabil | I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemantapan | keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memantapkan | menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemantapan | perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memantapkan | menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satu padu | kukuh atau mantap kerana bergabung. bersatu padu bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. menyatupadukan menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. penyatupaduan perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa baku | bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menstabilkan | menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
established | adj 1. set up, telah bertapak: he works with a well-~ legal firm, dia bekerja di syarikat guaman yg telah bertapak; 2. firmly accepted, sudah mantap:an ~ custom, adat yg sudah mantap; 3. be firmly associated with a particular activity, sudah mapan: ~ dressmakers, pembuat pakaian yg sudah mapan; ~ clientele, klientel (yg) mantap; 4. (of Church, religion) rasmi: Islam is the ~ religion in Malaysia, Islam ialah agama rasmi di Malaysia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fully-fledged | adj 1. (of bird) boleh terbang; 2. (real) sepenuhnya; (fully-trained) terlatih sepenuhnya; (well-established) mantap: what used to be known as the Howards Polytechnic, is now a ~ university, yg dahulunya dikenali sbg Howards Polytechnic, kini menjadi universiti sepenuhnya; a ~ architect, arkitek yg terlatih sepenuhnya; it was fairly recently that computer science became a ~ academic subject, hanya baru-baru ini sains komputer menjadi mata pelajaran yg mantap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
establish | 3. cause to be firmly settled or accepted, (act.) memantapkan kedudukan; (pass.) kedudukan [sso, sst] telah mantap: he soon ~ed himself as their leader, dlm masa yg singkat sahaja dia memantapkan kedudukannya sbg pemimpin mereka; the success of their latest model has ~ed the company as one of the worlds leading car manufacturers, kejayaan model terbaru mereka memantapkan kedudukan syarikat itu sbg salah sebuah syarikat pengeluar kereta yg ulung di dunia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
steady-state problem | permasalahan keadaan mantap | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Lihat fixed-source problem. |
unsteady-state flow | aliran keadaan tak mantap | Fizik | Tiada | Aliran bendalir dengan nisbah isi padu dua fasa atau lebih (cecair-gas, cecair-cecair dan sebagainya) yang berubah di sepanjang aliran, akibat daripada perubahan suhu tekanan dan kandungan. |
bistable property | sifat dwistabil | Fizik | Nanoteknologi | Sifat bahan yang mempunyai dua keadaan yang mantap, iaitu keadaan yang dapat bertukar-tukar daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Contohnya, keadaan dwistabil terdapat dalam sistem kimia, suis elektrik dan penghantaran optik. |
state building | pembinaan negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses membentuk satu sistem pemerintahan yang lebih baik dan mantap. Proses ini melalui beberapa tahap yang tertentu seperti tahap primitif kepada tahap feudal kemudian beralih ke tahap moden. Pada tahap primitif, pembinaan negara ditentukan oleh kekuatan fizikal iaitu yang kuat akan menguasai yang lemah. Apabila semakin banyak perubahan berlaku, pemerintahan menjadi semakin tersusun seperti bersifat monarki atau dinasti yang berkuasa. Peningkatan dalam kesedaran dan pemikiran rasional dalam masyarakat telah mendorong kepada kemunculan negara moden seperti republik. Sehingga kini, sistem pemerintahan negara terus berkembang dan wujud dalam pelbagai bentuk seperti demokrasi, komunis, monarki moden dan fasis. |
tutelage regime | rejim asuhan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang baru dibentuk dan masih dalam keadaan tidak mantap. Pembinaan institusi politik pemerintahan ini masih berada dalam peringkat percubaan. Pemerintahan ini juga memerlukan bimbingan dan sokongan daripada pihak luar atau negara lain. Rakyat masih belum memahami sepenuhnya akan perjalanan pemerintahan dan kedudukan kerajaannya masih rapuh. Kebanyakan negara sedang membangun yang baru merdeka pada dekad 1940-an dan 1950-an berada dalam kategori ini. Contoh negara rejim asuhan kini ialah Timor Leste. |
equilibrium core | teras seimbang | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Tatarajah teras apabila keadaan kendalian reaktor sudah stabil dan mantap. |
traditional use of herbal medicines | penggunaan tradisional ubat herba | Herba | Tiada | Perihal penggunaan ubat herba berdasarkan sejarah penggunaan yang lama. Penggunaan ubat herba ini telah mantap, diperakui selamat dan berkesan serta mungkin diterima oleh pihak berkuasa kebangsaan. Contohnya, penggunaan tradisional tongkat ali dan kacip fatimah. |
metastable | metastabil | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil. |
church-state relations | hubungan agama-negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan saling berkait antara agama dengan urusan kenegaraan. Hubungan saling berkait ini mula berkembang di Eropah pada akhir abad ke-16 apabila agama atau gereja menjadi semakin mantap di kalangan masyarakat Eropah, khususnya di kebanyakan wilayah bekas takluk empayar Roman. Gereja melalui Pope, iaitu ketua agama Kristian mendakwa bahawa dia merupakan wakil tuhan di muka bumi. Beliau juga mengetahui semua perkara yang terbaik untuk masyarakat. Dengan itu, Pope mempunyai hak untuk turut terlibat dalam pemerintahan. Dalam hal ini, pihak gereja cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa agama dan negara merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan. Justeru, agama perlu diberi peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan negara. Pemikiran ini telah menimbulkan konflik di antara gereja dengan institusi negara yang bersifat monarki. Hal ini telah menimbulkan perdebatan antara mereka berhubung dengan bentuk hubungan agama negara yang sepatutnya dipraktikkan. |
mass flow | aliran jisim | Mekanik | Tiada | Fenomena yang berlaku apabila sistem isi padu jirim mengalami aliran masuk dan aliran keluar jisim. Dinamik aliran jisim penting dalam pemerihalan jentera bendalir seperti turbin, pam, dan roket. Lihat juga aliran jisim berubah, aliran jisim mantap. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mantap | tetap setia [ttap stia] | Melanau Dalat | |
mantap | tatap. | kedayan | |
tagep | mantap | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
magunatip Kd | sejenis tarian yang popular di kalangan suku kaum Dusun Gana. Ia ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari (lelaki & perempuan) yang memakai pakaian tradisi. Tarian ini adalah suatu upacara rasmi semasa majlis makan malam orang kenamaan bagi suku kaum tersebut. | Bingung pada irama muzik yang kurang mantap yang sedang dimainkan. Bingung pada pemain alat-alat muzik `magunatip' yang tidak bersefahaman. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb UBAT) bifurcation (cabangan) Pemecahan sebuah sungai menjadi dua cabang. Lihat juga fork. (HID) bifurcation analysis (analisis dwiwujudan) Analisis yang bertujuan menentukan suatu set parameter yang mungkin mem- punyai berbilang keadaan mantap. (KEJ) bifurcation ratio (nisbah cabangan) Nisbah bilangan ruas sungai tingkat tertentu terhadap bilangan ruas sungai bicornuate bifurcation ratio Kamus Sains.indb 145 7/8/08 11:47:53 AM 146 yang luahannya adalah maksimum bagi sesuatu tenaga spesifik tertentu atau tenaga spesifiknya adalah minimum bagi sesuatu luahan. (HID) critical voltage (voltan genting) Nilai tertinggi secara teori bagi voltan anod yang mantap pada ketumpatan fluks magnet yang mantap. Pada voltan tersebut elektron yang dikeluarkan daripada katod magnetron dengan halaju sifar gagal untuk sampai ke anod. Sinonim cut-off voltage. (FIZ) critical volume
|
Kamus Thai 2.indb แข็งกร ้ าว [-kra:u] ว keras: การประท ้ วง ที่ แข็งกร ้ าว bantahan keras แข็งกล ้ า [-kla:] ว berani แข็งแกร ่ ง [-krε:] ว 1 kukuh, mantap: รากฐานที่ แข็งแกร ่ ง asas yang kukuh 2 keras: จิตใจที่ แข็งแกร ่ ง hati yang keras แข็งข ้ อ [-k:] ก 1 menentang: เขาแข็ง ข ้ อก ั บผม Dia melahirkan anak kembar. คลอน [kl:n] ว longgar: ฟ ั นของผมคลอน อยู ่ ซี่ หนึ่ ง Ada sebatang gigi saya yang longgar. คลอนแคลน [-klε:n] ว goyang, go yah, tidak mantap, tidak stabil: ร ั ฐบาล คลอนแคลนเพราะประชาชนขาดความเชื่ อม ั ่น Kedudukan kerajaan goyang kerana rakyat semakin hilang kepercayaan. คล ้ อย [kl:y] ก 1 tergilincir: ตะว ั นคล ้ อย
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mantap | [man.tap] | منتڤ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kayu uji berbara | glowing wooden splinter | Kayu uji yang mengeluarkan cahaya terang yang mantap tanpa nyalaan api. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| mantap (adjektif) | Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;, | | Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap, |
|
|