Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah persamaan dan perbezaan di antara sopan dan susila? | Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: i. Sopan - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur) ii. Susila - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila | Makna | 08.11.2020 |
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku. | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 02.11.2011 |
Apa terjemahan 'appearance of impropriety' ke dalam bahasa melayu? | Cadangan padanan terjemahan bagi appearance of impropriety ialah penampilan tidak sopan atau gambaran tidak sopan. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2021 |
apakah jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
Adakah ayatayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain. | Ayat yang betul ialah: 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
| Tatabahasa | 28.08.2015 |
Adakah penggunaan perkataan 'hendaklah' bagi contoh ayat berikut tidak sopan/kasar: "Senarai Semak hendaklah dicetak sebelum difailkan" | Partikel -lah pada perkataan hendaklah merupakan penegas yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ia tidak membawa makna tidak sopan/kasar. | Tatabahasa | 04.05.2010 |
apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
Adakah penggunaan kata sendi 'daripada' tepat dalam ayat berikut: Kajian tersebut turut mendapati bahawa daripada segi penggunaan bahasa santun pula banyak ujaran yang tidak menggunakan bentuk sopan yang asas dan jauh sekali menggunakan bahasa sopan pada peringkat yang lebih tinggi. | Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah dari segi. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
AsSalamualaikum, saya ingin bertanya maksud penggunaan istilah ' batangkan ' yang sedang dilaksanakan di PRA Sekolah dan Sekolah Rendah. Kemusykilan saya penggunaannya sangat tidak sesuai dan tidak sopan memandangkan istilah cerakin yang telah digunapakai sebelum ini sangat sopan dan sesuai digunakan. Harap dapat penjelasan tuan, terima kasih. | Perkataan yang bertul ialah "membatangkan". Dalam Tatabahasa Dewan "batang" ada meksud kedua iaitu mengeja sambil membaca. Namun pihak sekolah mestilah menggunakan perkataan yang sewajarnya. | Lain-lain | 04.09.2015 |