PeribahasaDaripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.TakrifSedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLonggar sendat, lapang bertukul.TakrifBerpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal ada kecil pun pada.TakrifKalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.TakrifKeuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung.TakrifKeuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku.TakrifPengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu.TakrifDiberi sedikit hendak banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil pun api.TakrifBarang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
Puisi |
---|
|
Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sedikit kerana duri; Adik bukan abang pun bukan, Sangkut sedikit kerana budi.
Lihat selanjutnya... |
|