Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Riuh sekali orang di pasar, Hilir mudik berpusu-pusu; Tujuh hari hamba berlapar, Menanti adik tak juga lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Suaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Telur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Apa benda bunyi riuh,
     Rupanya ada orang berperang;
Dia baru mencapai pengayuh,
     Kita sudah sampai ke seberang.



Lihat selanjutnya...