Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Riuh gigil seperti Cina kayuh.

Takrif

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Riuh seperti Cina karam.

Takrif

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Takrif

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ombak purus.

Takrif

Suara riuh-rendah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.

Takrif

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi perempuan di air.

Takrif

Ramai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai langau mengerumuni bangkai.

Takrif

Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti tetaguk di rumah tinggal.

Takrif

Bekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana katak di harung ular.

Takrif

Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Apa benda bunyi riuh,
     Rupanya ada orang berperang;
Dia baru mencapai pengayuh,
     Kita sudah sampai ke seberang.



Lihat selanjutnya...