Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MAGINAKAN

MAGINAKAN, upacara keagamaan kaum Dusun-Kadazan di Sabah sebagai cara menyatakan kesyukuran dan penghargaan kerana rezeki yang diberikan oleh tuhan Kinorohingan, di samping memohon kepadanya supaya menurunkan rezeki dan menyuburkan tanaman pada musim akan datang.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
PUJA PANTAIPUJA PANTAI, amalan atau upacara amal yang diadakan untuk makhluk-makhluk halus yang menjaga laut agar tidak mengganggu kehidupan para nelayan dan memberikan mereka rezeki yang banyak.BUDAYAPerayaan/Upacara
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat
PELARIS

PELARIS, sejenis azimat yang dipercayai boleh membantu menambah rezeki dalam perniagaan ataupun untuk orang perempuan bertemu jodoh.

BUDAYAKepercayaan
TARIAN PULAI

TARIAN PULAI, tarian tradisional petani di kawasan pedalaman Terengganu. Tarian ini diadakan pada musim menanam padi, iaitu bertujuan untuk berhibur setelah penat bekerja sehari suntuk di sawah, di samping memohon rezeki yang lebih.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui Cerita Pak Kaduk membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

SASTERAKarya
ANUGERAH

ANUGERAH,  pemberian yang berupa hadiah yang terbesar  dan tinggi nilainya.  Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit nugeraha atau anugeraha. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya.  Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
1
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,

Puisi
 

Anak Cina bermain ceki,
     Baju dibuka tinggal seluar;
Kalau sudah bukan rezeki,
     Di dalam mulut lari keluar.



Lihat selanjutnya...