Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sempit lalu, longgar ditokok.

Takrif

Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Takrif

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Takrif

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Takrif

Rajin dan bersungguh-sungguh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Takrif

Rajin dan giat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hempas tulang berisi perut.

Takrif

Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai lebah menghimpun madu.

Takrif

Sangat rajin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Takrif

Sangat rajin bekerja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pipit pekak makan berhujan.

Takrif

Sangat rajin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ringan tulang berat perut.

Takrif

Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,