Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu.

Takrif

Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buaian pun digoncang, anak pun dicubit.

Takrif

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.

Takrif

Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.

Takrif

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya.

Takrif

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Batu pun empuk, jangankan hati manusia.

Takrif

Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.

Takrif

Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil-kecil pun api.

Takrif

Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Upah bidan pun tak terbayar.

Takrif

Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asal ada kecil pun pada.

Takrif

Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.



Lihat selanjutnya...