PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
bulk nanostructure | | | Pepejal yang mempunyai padatan hablur kecil atau zarah bersaiz antara 1 nm - 100 nm. Contohnya, zarah Al12. Sifat fizik bahan pukal ini adalah berlainan daripada sifat individu zarah tersebut atau sifat pepejal pukal yang tidak berstruktur nano. |
characteristic length | | | Jarak atau saiz sesuatu struktur yang membezakan ciri suatu bahan sama ada bersifat pukal atau bersifat nanozarah. Contohnya, emas berwarna kuning dalam saiz pukal dan berwarna merah dalam saiz nano. |
top-down nanofabrication | | | Fabrikasi nanobahan atau peranti nanoelektronik yang bermula daripada bahan pukal. Contohnya, menyediakan nanowayar. Satu bilion komponen elektronik dapat difabrikasikan pada keluasan 1 cm2 menggunakan teknik litografi alur elektron berkuasa tinggi atau litografi sinar-X. Banding nanofabrikasi bawah-atas. |
nanocluster | | | Gugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin. |
nanoparticle | | | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |
Hall-Petch equation | | | Persamaan yang mengaitkan kekuatan ?y dengan saiz butiran d dan diungkap sebagai: ? y = ?0 + kyd-(1/2) dengan ?0 ialah tegasan geseran yang menentang pergerakan kehelan dan ky ialah pemalar. Contohnya, bahan pukal yang terdiri daripada butiran bersaiz 50 nm mempunyai kekuatan alah 4.14 GPa. Peningkatan nilai kekuatan alah ini adalah disebabkan pertambahan sempadan butiran yang menghalang pergerakan kehelan. |
Heaviside step function | | | Fungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron). |
size effect | | | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
|
|