Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1.TAKRIFAN TATABAHASA-BERAPA TOKOH BAHASA. 2.OBJEKTIF PENGAJARAN TATABAHASA. 3.PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA. 4.CONTOH PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG.Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Kami mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik/ layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain02.06.2013
apakah contoh bahasa yang gramatis?Bahasa yang gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh ayat :  mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
apakah bahasa gramatisMaksud bahasa gramatis ialah bahasa yang  berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
bagaimanakah penggunaan bagasa gramatis yang baik?Bahasa yang gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
MASALAH BINA AYATYANG GRAMATIS BERDASARKAN GAMBARBinaan ayat sama ada berdasarkan gambar atau tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Jika berdasarkan gambar binaan ayat menceritakan apa yang digambarkan dalam imej yang tersebut.Tatabahasa01.04.2013
apakah contoh penyalahgunaan bahasa gramatis?Maksud bahasa gramatis ialah bahasa yang  berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh penyalahgunaan bahasa gramatis ialah Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.Tatabahasa03.04.2010
bagaimanakah penggunaan bahasa gramatis dalam penulisan teks yang berksaneBahasa gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tatabahasa02.04.2010
salam. 1)Tolong jelaskan mana yang tepat "pemelajaran" atau "pembelajaran"? 2) maksud "gramatis" terimakasihGramatis bermaksud berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Untuk makluman saudara, pemelajaran dan pembelajaran digunakan berdasarkan konteks ayat yang digunakan. "Pemelajaran bermaksud proses mempelajari. Contoh ayat " taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris". "Pembelajaran " pula merujuk kepada proses (kegiatan) belajar.Lain-lain23.08.2007
apakah yang dimaksudkan dengan makna gramatikal - sebagai satu analisis semantik. (MAKNA GRAMATIKAL - SATU ANALISIS SEMANTIK)Istilah ini berasal daripada kata gramatis iaitu berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Semantik pula merupakan kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Lain-lain30.07.2007
apakah perbezaan antara ayat yang gramatis dengan ayat-ayat biasa yang lain? sedangkan semuanay adalah betul dalam penggunaan Bahasa MelayuAyat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap.  Saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tatabahasa02.04.2010
Tesaurus
 
prinsip (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, pokok.,