Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Boleh berikan maksud 'pola-pola bahasa yang diulang dlm cerita?kalau boleh berikan contoh yang sesuai. 2.apakah maksud Perspektif dan fokus cerita dalam sastera | Soalan pertama saudari tidak jelas. Berkenaan dengan soalan kedua pula, maksud perspektif dan fokus dalam cerita ialah tema atau motif pengarang. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 16.03.2009 |
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka. | Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas. | Lain-lain | 24.01.2017 |
apakah maksud ayat dasar pola frasa nama + frasa kerja? boleh berikan beberapa contoh pola frasa nama+frasa nama dan pola frasa nama+frasa kerja. terima kasih. | Pola Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) bermaksud subjek ayat ialah Frasa Nama dan predikat ayat ialah Frasa Kerja, contohnya: Ali mandi di sungai - Ali (FN) + mandi di sungai (FK). Contoh bagi ayat pola FN + FN, Binatang itu kanggaru. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 468. | Tatabahasa | 01.05.2011 |
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih. | 1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal. 2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling). | Tatabahasa | 23.05.2010 |
As Salam ! Saya keliru dengan pola pantun yang sebenarnya. Kedapatan kini pantun ditulis dengan pola yang agak berbeza daripada pola pantun tradisional iaitu a,b,a,b. Ada pantun yang ditulis rima akhir barisnya a,a,a,a.Yang mana satukah yang betul? Terima kasih. | Tuan, Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun, ada juga terdapat pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya, iaitu ada baris pembayang dan ada baris maksudnya. Saya kemukakan satu contoh pantun yang skema rimanya aa, aa: Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, mengenang nasib dagang piatu. | Sastera | 03.04.2012 |
Selamat malam tuan/puan. Di sini saya ingin bertanyakan soalan mengenai pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal. Jadi, apakah kepentingan-kepentingan pola keselarasan vokal tersebut dalam sistem ejaan bahasa Melayu? | Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Harapmaklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih | 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2009 |
Pola ayat : Kasut itu berwarna biru - Frasa Nama + Frasa Adjektif. Tatabahasa 25.01.2011 Hotel itu bertaraf dunia. Pola ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif Tatabahasa 02.03.2011 Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa 11.02.2011 Pada pendapat saya, jwp bagi ketiga-tiga ayat di atas (dipetik drp halaman Khidmat Nasihat DBP) salah. Berwarna & bertaraf kedua-duanya merupakan kata kerja. Oleh itu, pola ayat sepatutnya FN + FK Terima kasih. Drp: Cikgu Chow | Penerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
Tolong berikan kunci kereta ini kepada ayah. Maaf, saya ingin bertanya tentang pola ayat. Adakah pola ayat ini Frasa nama +Frasa Sendi Nama? Adakah betul kerana saya kurang pasti? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang dinyatakan terdiri daripada Frasa kerja + Frasa sendi nama | Tatabahasa | 03.06.2020 |
bagaimana cara untuk tahu sesuatu ejaan itu betul... adakah dengan cara menggunakan pola keselarasan vokal?? | Pola keselarasan vokal ialah salah satu rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja dengan tepat. Cara yang paling baik ialah sentiasa merujuk kamus. | Ejaan | 26.05.2011 |