Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kapal tiga tiang.

Takrif

Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga.

Takrif

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga.

Takrif

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.

Takrif

Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,