Kata |
Takrif |
Sumber |
pendek kira-kira | sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghasilkan | 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghasilkan | 1. mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2. mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3. mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. | Kamus Pelajar |
pendek | (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) memendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mortar I | sj meriam pendek utk menembakkan peluru, tinggi ke udara, pd jarak yg dekat: sebutir peluru ~ telah dijumpai berhampiran dgn lombong kira-kira tiga batu dr Sungai Raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang I | 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasil | 1 sesuatu yg diperoleh drpd sesuatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2 bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara. 3 ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhubungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ buangan ist bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri. ~ bumi hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~-mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sampingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lari | 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke manamana supaya tidak dapat dikesan): kedua-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melakukan sesuatu: ini ialah pembicaraan formalistik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian seimbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa lajulaju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: matanya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melarikan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang | 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, keadaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-katanya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-benderang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.306.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.006.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. membersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia berubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: peraturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menunjukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg menerangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat diperlukan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerangkan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasil | 1. sesuatu yg diperoleh drpd sesuatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2. bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara. 3. ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhubungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ bumi hasil (spt bijih timah dll) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan dll yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~ - mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sampingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1. ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2. berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1. mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2. mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3. mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
shear wave | gelombang ricih | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang bergerak berserenjang dengan arah gelombang merambat. Dalam gelombang ricih, zarah berayun pada sudut yang melintang kepada arahan itu. Gelombang ini melibatkan pergerakan zarah mericih atau merentasi arah perambatan pada sudut tegak. Kelajuan gelombang ini kira-kira setengah lebih perlahan daripada gelombang membujur. Oleh sebab kelajuannya yang lebih perlahan, gelombang ricih mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding gelombang membujur pada frekuensi yang sama. Gelombang ricih hanya boleh bergerak dalam bahan pepejal. Sinonim gelombang melintang. |
Kamus Parsi.indb shargh, mashregh( قرشم ،قرش )sharmande shodan( ندش هدنمرش )sharī‘at( تعيرش )shast [angosht[( )تشگنا( تسش )shostan( نتسش )shesh( شش puteri malam unta burung unta berani bajak, tenggala menjadi sirap seluar pendek timur menjadi malu, berasa malu syariah ibu jari membasuh enam princess night camel ostrich brave to plough to become syrup short east to be shame shariah thumb to wash six ىهام هسوک )kūh( هوک هدز کفک ،هدنام ،هنهک )kohne, mānde, kafak zade( )kohne, mosta‘mal( لمعتسم ،هنهک )key? che vaght?( ؟تقو هچ ؟ىـک )kī? che kasī?( ؟یسک هچ ؟ىک ketuk pendek kecil lebih kecil lorong bayi zaman bayi buta jag ikan todak gunung lapuk kuno, lama bila? siapa? to knock short small smaller lane infant, baby childhood, infancy blind jug swordfish
|
Kamus Sains.indb Unit ukuran kealiran elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 mho. (KEJ) Abney level (alat aras Abney) Alat yang terdiri daripada binaan teropong segi empat tanpa kanta dan berukur- an kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd mengesahkan bahawa mesej tidak berubah semasa proses penghantaran. Mesej yang dihantar akan dimasukkan sebagai input dalam suatu rumusan matematik yang dikenali sebagai algoritma tambah semak untuk menghasilkan nilai yang lebih pendek daripada mesej asal. Nilai ini disertakan bersama- sama mesej semasa penghantaran. Apabila mesej diterima, penerima boleh mengesahkan integriti mesej tersebut dengan melalukannya dalam algoritma tambah semak yang sama. Sekiranya nilai jejak audit sekuritas) Rekod atau fail yang merakamkan tarikh, masa dan ID pengguna atau proses yang menggunakan sebarang sumber sistem seperti melancarkan arahan atau mencapai data. Maklumat ini dirakam tidak kira sama ada perbuatan berkenaan adalah dibenarkan atau sebaliknya. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 43 6/6/11 4:01:39 PM 44 jejak hala jumlah kos pemilikan jumlah kos pemilikan
|
Kamus Thai 2.indb keselamatan harus bekerja tidak kurang daripada lapan jam untuk satu syif. กะ 2 [ka] ก menjangkakan, mengagak: เขากะว ่ าอีกประมาณหนึ่ งช ั ่งโมงเครื่ องบินลำน ั ้ น ก็จะถึงกรุงเทพฯ Dia menjangkakan kira- kira satu jam lagi pesawat itu akan tiba di Bangkok. กะเกณฑ ์ [kake:n] ก mengerahkan: ผู ้ ใหญ ่ บ ้ านกะเกณท ์ ชาวบ ้ านร ่ วมมือก ั นทำถนน
|
Kamus Thai 2.indb Pro- jek itu akan disiapkan dalam jangka ระแนง ระยะ Kamus Thai 2.indb 313 4/15/2008 11:12:02 AM ร 314 masa satu tahun. ระยะสั้น [-san] น jangka pendek ระยับ [rayap] ดู ระยิบระยับ ระยำ [rayam] ว bangsat: เครื่ องเพชร ถูกไอ ้ โจรระยำคนนั ้ นขโมยไปหมด Barang- barang kemas habis dicuri oleh pencuri bangsat itu. ระยิบระยับ [rayiprayap] ว ber kerlipan, berkerdipan ราวบันได [-bandai] น susur tangga, langkan ราวตากผ ้ า [-ta:kpa:] น ampaian, pe- nyidai ราว 2 [ra:w] ดู ด ั ่ง ราว ๆ [ra:w-ra:w] บ kira-kira: เขาถึง ราชทูต ราว ๆ Kamus Thai 2.indb 318 4/15/2008 11:12:06 AM ร 319 ที่ ทำงานราว ๆ 10.00 น Dia tiba di pejabat kira |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
|