Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUSU PEKAT | Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan air daripada susu untuk mengurangkan isi padu susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2 yang baik. | UMUM | |
MADU | Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap lebah pekerja mempunyai kantung dalam badannya yang dikenali sebagai perut madu, tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali sebagai inversi menjadi dua gula ringkas, iaitu fruktos dan glukos. Selepas lebah menyimpan nektar dalam sarangnya, ia membiarkan kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat. Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan rasanya. | UMUM | |
MOLASES | Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit. Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases digunakan untuk membru, memasak, membuat gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
EKSTRAK | Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan. | UMUM | |
SIRAP MAPEL | Sirap mapel ialah cecair manis, pekat yang didapati daripada sap pokok mapel tertentu. Pokok gula Amerika Utara adalah sumber utama keluaran makanan yang lazat ini. | UMUM | |
SIRAP JAGUNG | Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses makanan menggunakannya untuk memaniskan makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan banyak makanan yang lain. Sirap jagung menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia juga menarik dan membendung lembapan, dan dengan itu ia membantu mencegah makanan berbakar daripada menjadi keras. | UMUM | |
TAR BATU ARANG | Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan memeluwap sebahagiannya bertukar (kepada cecair) wap panas daripada relau kok atau pengeluar gas batu arang. | UMUM | |
TAR | Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat, berminyak, berwarna perang tua atau hitam. Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses penukaran bahan organik seperti batu arang, petroleum atau kayu menjadi keluaran perindustrian yang berguna. | UMUM | |
KLOROFORM | Kloroform ialah sejenis cecair pekat tanpa warna yang digunakan sebagai pelarut dalam menghasilkan farmaseutikal, pencelup, dan racun serangga. Kloroform juga digunakan sebagai bahan awal untuk menghasilkan fluorokarbon (lihat Fluorokarbon). | UMUM | |
KREOSOT | Kreosot ialah cecair berminyak yang pekat yang dibuat dengan cara menyuling tar kayu atau tar arang. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pekat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut, Berantonim dengan cair
2. Dalam konteks warna bersinonim dengan gelap, tua, kelam, Berantonim dengan terang
| Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan, |
|
|