Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NEGARA-NEGARA BALTIK

Negara-negara Baltik terdiri daripada negara

Estonia , Latvia dan Lithuania. Ketiga-tiga negara ini

merdeka dari tahun 1918 hingga tahun 1940,

apabila negara-negara ini dirampas oleh Kesatuan

Soviet dan dijadikan republik Soviet. Pada tahun

1991, setiap negara itu berpecah dari Kesatuan

Soviet dan mencapai kemerdekaan semula.

UMUM
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

(Association of Southeast Asian Nations [(ASEAN)]

ialah sebuah pertubuhan negara-negara di Asia

Tenggara Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,

Singapura , Thailand, dan Vietnam. Ia menggalakkan

kerjasama ekonomi, kebudayaan, dan sosial di

kalangan negara anggota. Walaupun ASEAN

berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai

rantau yang aman dan stabil, namun ia bukan satu

pakatan ketenteraan.

UMUM
NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Negara-negara Komanwel ialah pertubuhan

negara bebas dan unit politik lain yang pernah

berada di bawah undang-undang dan kerajaan

British. Pertubuhan ini termasuklah United

Kingdom (UK) sendiri dan 52 negara bebas lain

yang pada satu ketika menjadi tanah jajahan United

Kingdom. Pertubuhan ini juga termasuk kira-kira 25

unit politik seperti wilayah dan negeri naungan.

UMUM
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA

Pertubuhan Negara-negara Amerika

(Organization of American States (OAS)) ialah

persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan

menyediakan pertahanan diri secara kolektif,

kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi

secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh

kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai

undang-undang antarabangsa, keadilan sosial,

kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua

penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa

tindakan serangan terhadap satu negara Amerika

dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua

negara.

UMUM
LIGA BANGSA

Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara

antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan

keamanan di kalangan negara-negara di dunia.

Negara yang menang dalam Perang Dunia I

termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan

Amerika Syarikat telah merangka satu covenant

(perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun

1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan

Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva,

Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari

Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi

Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk

Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah

dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan

dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UMUM
PRESBYTERIAN

Presbyterian membentuk kumpulan mazhab

Protestan yang besar di negara-negara berbahasa

Inggeris. Di luar negara-negara ini kebanyakan

gereja mazhab ini dikenali sebagai Reformasi

misalnya, Gereja Reformasi Belanda. Satu cogan

kata gereja ini ialah semper reformanda (sentiasa

direformasi). Lebih kurang 100 mazhab menjadi

ahli Gereja Reformasi Perikatan Dunia.

UMUM
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(19391945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(19391945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM
MINSK

Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus.

Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat

Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah

persekutuan negara-negara yang dahulunya

dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet.

Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk

lokasinya, lihat Belarus (peta).

UMUM
PERTUBUHAN KESATUAN AFRIKA

Pertubuhan Kesatuan Afrika (Organization of

African Unity (OAU) ialah persatuan negara-negara

Afrika. Ia berfungsi menggalakkan perpaduan di

kalangan penduduk Afrika dan memperteguhkan

hubungan budaya, ekonomi, tentera, saintifik, dan

sosial. Ia juga membantu negara-negara anggota

yang dilanda bencana alam. OAU dianggotai oleh 52

negara dan sebuah kerajaan dalam buangan (lihat

Jadual).

UMUM
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,

Peribahasa
500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...