Assalamualaikum. Berikut ada beberapa ayat yang mengelirukan penggunaan bawah dan di bawah. Maka, yang manakah ayat yang betul? 1. Kanak-kanak berumur bawah lima tahun dilarang masuk atau Kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dilarang masuk. 2. Negeri-negeri di bawah angin atau Negeri-negeri bawah angin. 3. Markahnya di bawah markah saya atau Markahnya bawah markah saya. 4. Di bawah taklukan Empayar Rom atau Bawah taklukan Empayar Rom. 5. Di bawah akta atau Bawah akta. 6. Di bawah pengaruh dadah atau Bawah pengaruh dadah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: - Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilarang masuk.
- Negeri-negeri bawah angin.
- Markahnya di bawah markah saya.
- Di bawah taklukan empayar Rom.
- Di bawah akta.
- Di bawah pengaruh dadah.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226. | Tatabahasa | 21.02.2025 |