Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AYAT MUDAH

Ayat mudah ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

BAHASAKonsep
KAPAL TERBANG MUDAH ALIH

Kapal terbang mudah alih lihat V/STOL.

UMUM
TELEFON SELULAR

Telefon selular ialah sejenis unit telefon mudah

alih. Ia membolehkan manusia berkomunikasi di

suatu kawasan yang luas dengan menggunakan

gabungan radio, telefon, dan teknologi komputer.

Terdapat tiga jenis telefon selular: telefon

bergerak , telefon mudah angkut , dan telefon mudah

alih . Telefon bergerak dipasangkan secara tetap

pada kenderaan dan digerakkan oleh enjin

kenderaan. Telefon mudah angkut dapat

dipindahkan dan dibawa dalam sarungnya berserta

bateri untuk membekalkan kuasa. Telefon mudah

alih menggunakan unit kuasa bateri yang dapat

dibawa dengan tangan.

UMUM
TANGERIN

Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus

dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti

oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah

dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin

ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari

Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi.

Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan

terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis

tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan

jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst

dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali,

Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili

rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata .

Lihat juga Tangelo; Tangor.

UMUM
POLIVINIL KLORIDA (PVC)

Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang

kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan

pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat

plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza.

Terdapat dua jenis asas plastik PVC tegar dan

fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai

tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai

mandi, hos, dan bahan penebat elektrik.

UMUM
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM
PERMALOI

Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah

dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan

membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan

mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi

hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan.

Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan

menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling

batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet

ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini,

permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan

sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah

yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi.

UMUM
SUAR

Suar ialah lampu, atau struktur yang mudah

dilihat, yang biasanya terletak pada kedudukan

yang tinggi. Suar terutamanya digunakan untuk

membantu juruterbang atau kapten kapal mencari

laluan yang selamat. Rumah api dan boya pelayaran

merupakan dua jenis suar yang utama bagi kapal.

UMUM
SESUNGUT

Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah

rosak di kepala hampir semua serangga dan

kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga,

lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang

sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam,

mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan

saudaranya tidak mempunyai sesungut.

UMUM
ASBESTOS

Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral

bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai

banyak sifat yang menjadikannya berharga dari

segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau

tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik.

Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh

kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh

menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika

banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan

bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh.

Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia

berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke

udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai

dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah

hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan

penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan

dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini

biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja

menangani asbestos.

UMUM
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...