Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan mudah bunga engkodok, Bunga serupa dengan daun; Bukan mudah adik kehendak, Hilanglah hilang berganti tahun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan mudah memakai purdah, Sungguh bunga berupa daun; Bukan hati tertambat mudah, Hilang bulan berganti tahun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Si Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Si Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gamat-gamat menikam gamat, Hendak menuju ke Singapura; Mudah-mudahan hidup selamat, Syukurlah sampai mati berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...