Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Lidah tidak bertulang.

Takrif

Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Takrif

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Takrif

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah bengkok bagai parang timah.

Takrif

Mudah tersinggung dan berkecil hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah luka payah sembuhnya.

Takrif

Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengusut mudah, menyelesaikan susah.

Takrif

Mencari perselisihan mudah sekali, mendamaikannya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencabik mudah, menjahit susah.

Takrif

Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan.

Takrif

Tidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.

Takrif

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rongkongan menghadap mudik.

Takrif

Mudah mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...