Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang selasih mudah patah, Banyak terdapat di Hutan Dalam; Banda Aceh musnahlah sudah, Mangsa menangis siang dan malam.Pantun Melayu SarawakAgama
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah memarut sagu, Sebelum diparut batang dibelah; Bukan mudah menuntut ilmu, Sebelum dapat pantang menyerah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi wajib dibakar; Bukan mudah berhutang janji, Hutang janji wajib dibayar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi bersemak belukar; Bukan mudah berhutang budi, Hutang budi takkan terbayar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...