PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
field emission | | | Penerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim. |
electron beam | | | Aliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga. |
electromagnetic sensor | | | Penderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia. |
magnetostrictive effect | | | Perubahan dimensi suatu bahan apabila dikenakan medan magnet arus terus. Kesan ini digunakan untuk mengukur medan magnet sekecil 10-9 tesla dengan cara suatu palang tuas mikroelektromekanik (MEMS) disalut dengan bahan yang memberikan kesan magnetostriktif yang menyebabkan tuas tersebut melentur apabila dikenakan medan magnet dan seterusnya mengubah frekuensi resonans. |
nanotube field effect transistor | | | Transistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor. |
field effect transistor (FET) | | | Transistor yang bergantung pada medan elektrik untuk mengawal kekonduksian arus dalam peranti semikonduktor. Dalam peranti ini, punca disambung pada tapak dan voltan dikenakan antara get dengan sumber yang akan memodulatkan arus antara sumber dengan saliran. Kawalan arus terdiri daripada dua mod, iaitu mod penguat dan mod penyusutan. Bagi mod penguat, voltan dikenakan kepada get bagi menambahkan aliran arus daripada sumber ke saliran dan dikenali sebagai OFF. Manakala mod penyusutan pula dikenali sebagai ON dengan voltan dikenakan untuk mengurangkan aliran arus daripada sumber ke saliran. FET digunakan sebagai suis elektronik seperti dalam pemprosesan komputer. |
dielectric | | | Penebat elektrik yang boleh terkutub apabila dikenakan medan elektrik. Apabila bahan dielektrik diletakkan dalam medan elektrik, cas elektrik tidak mengalir melalui bahan tesebut tetapi hanya teranjak sedikit daripada kedudukan keseimbangan purata menyebabkan pengutuban dielektrik. |
scanning near-field optical microscope (SNOM) | | | Alat yang digunakan untuk mengkaji nanostruktur yang boleh mengatasi had resolusi medan jauh dengan mengeksploitasi sifat-sifat gelombang evanesant. |
field emission scanning electron microscope (FESEM) | | | Alat pengimejan yang digunakan untuk menggambarkan maklumat topografi secara terperinci sama ada pada sebahagian atau keseluruhan permukaan sampel. Mikroskop ini berfungsi dengan cara membebaskan elektron daripada sumber pancaran medan. Sampel yang dianalisis akan diimbas oleh elektron mengikut corak zig-zag. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |