Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Masih berbau pupuk jerangau.

Takrif

Belum ada pengalaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Agung susut, pongah masih.

Takrif

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjemur sementara hari panas.

Takrif

Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.

Takrif

Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.

Takrif

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Takrif

Masih mentah dalam segala hal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Selama hayat dikandung badan.

Takrif

Selama masih hidup.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Takrif

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Takrif

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada hari, ada nasi.

Takrif

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...