Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM
MUSLIN

Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang

ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas

berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar

Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat.

Orang British menamakan fakrik kapas halus

sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin

bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain

muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar.

UMUM
AMARANTH

Amaranth ialah nama biasa bagi genus

(kumpulan) tumbuh-tumbuhan yang termasuk

rumpai, pokok bunga taman, dan tanaman. Genus

ini terdiri daripada terutamanya herba. Amaranth

tumbuh dengan meluas khususnya dalam iklim

panas. Nama Amaranth berasal daripada

perkataan Yunani yang bermakna tidak luntur .

UMUM
1
Tesaurus
 
luntur (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan turun, berubah, bertukar, leta, maleh,

2. Dalam konteks semangat
bersinonim dengan hilang, lenyap, luput,

Kata Terbitan : melunturkan, kelunturan,