Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apa maksud ayat dalam Sijil Berhenti Sekolah berikut" Peperiksaan diduduki/lulus : PMR dan SPM A. Pelajar telah duduk dan lulus PMR serta SPM. B. Pelajar telah duduk PMR dan lulus SPM. C. Pelajar telah duduk PMR dan SPM. D. Pelajar telah lulus PMR dan SPM. Apakah maksud tanda "/" ? | Tanda garis miring ( / ) berfungsi sebagai pengganti kata untuk dan, atau dan per. | Makna | 21.11.2009 |
Saya hendak daftar IKLAN tetapi sampai sekarang tidak lulus boleh tuan/puan semakkan kenapa iklan saya tidak lulus dan apa punca iklan saya tidak lulus. syahrizal 0127140941@0177553774 | Untuk makluman tuan, DBP tidak mengesahkan logo atau nama syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KEDAI GUNTING RAMBUT” di bahagian paling atas. Pembetulan hendaklah dibuat dalam visual iklan, bukannya dalam permohonan. | Lain-lain | 09.04.2017 |
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus? | Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari lulus">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+ | Makna | 13.11.2015 |
boleh lulus tak | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 19.04.2017 |
boleh lulus tak? | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 19.04.2017 |
jika tak lulus, boleh bagi komen atau cadangan atau panduan? | Tuan/puan boleh pergi ke laman Khidmat Pengesahan Iklan semula untuk melihat status dan pindaaan yang dicadangkan daripada pegawai kami berkenaan iklan yang diberi. Pembetulan. - Jom hantar anak-anak kita - Genius dengan Al-Quran dan Sunah - Tmn. (letak titik) | Lain-lain | 23.10.2016 |
tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak | tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 24.01.2014 |
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga. | Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar. | Lain-lain | 30.01.2013 |
Saya ada membuat permohonan untuk papan iklan di DBP SEE CUT melalui online tapi tidak lulus. Boleh Tuan/Puan bantu saya sebab apa tidak lulus. Minta hantar di email mjamalzainal@gmail.com. T.Kasih | Sila kemukan visual iklan yang lebih besar dan jelas untuk pengesahan melalui laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ Terima kasih | Lain-lain | 06.03.2017 |
Permohonan kami mendapat status "Tidak LuluS". Sila nasihat kami langkah seterusnya serta sebab-sebabnya. Sekian terima kasih. No. Pendaftaran : 27160/2016 Pemohon : R. Gobalakrishnan Syarikat : CLEAN TOWER SERVICES SDN. BHD. Tajuk : Peluang Pekerjaan Sebagai Tukang Cuci (Cleaner) Tarikh Selesai : 03/06/2016 Status : TIDAK LULUS | Tuan hendaklah membuat pembetulan seperti yang diminta, iaitu MR. GOBAL tukar kepada EN. GOBAL dan OFFICE tukar kepada PEJABAT. Setelah dibuat pembetulan, sila kemas kini permohonan tuan mealui portal tersebut. | Lain-lain | 03.06.2016 |