Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Glosari Matematik Untuk SekolahBahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
lulus1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ me­lalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: per­mohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah men­dapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm pepe­riksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan meme­gang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
diploma1 sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan. 2 sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diploma1. sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan. 2. sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan.Kamus Pelajar
lulus1 dpt masuk terus atau lalu (ke dlm atau dr lubang dll); dpt lucut atau lepas (bkn cincin dr jari dll): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dlm sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dr universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dll); diperkenankan: Permohonannya utk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dlm lubang dll: Kakinya ~ ke dlm lubang yg penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yg sudah lulus dlm peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ drpd pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yg diperoleh: ~ adalah penting utk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam utk mencapai ~ yg paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ijazah1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggelulurmudah lulus atau lepas kerana longgar; melungsur ke bawah (ttg seluar).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sah1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
prasiswazahsebelum lulus sbg siswazah.Kamus Dewan Edisi Keempat
celusboleh lulus (masuk, lepas) ke dlm sesuatu (melalui lubang dll), dapat lepas (keluar); ~-celas keluar masuk, celum-celam; mencelus masuk (ke dlm lecah dll); tercelus termasuk (ke dlm lecah dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sijilsurat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,