Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kayu langla si laku-laku, Rumahlah besar berlantak paku; Kalaulah tuan kasihkan aku, Junjunglah sigup panjang sebuku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lalu gejis laku berjulang, Dimakan orang di rumah darat; Cakap baik tak usah juak dibilang, Kakandamu boleh menangkap kilat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyaklah sudah makan di padang, Sudahlah laku banyak berkasih; Banyaklah abang sudah kupandang, Abanglah juak penghabis kasih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru; Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina belayar kolek, Hendak pandai menjaga kemudi; Kalau semua pilih yang cantik, Tidaklah laku kain kodi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku.
1
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Puisi
 

Lalu gejis laku berjulang,
     Dimakan orang di rumah darat;
Cakap baik tak usah juak dibilang,
     Kakandamu boleh menangkap kilat.



Lihat selanjutnya...