Kata |
Takrif |
Sumber |
terjual | telah atau dpt dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjual | 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjual | telah atau dpt dijual. | Kamus Pelajar |
bertebus | (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebus I | bertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;menebus 1. membayar wang utk mendapatkan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengumpulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat perhubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. membela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mahkamah utk ~ Mak Jah; ~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami; tertebus dapat ditebus;tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; ~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian; penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buntil | karung drpd kain: sebuah ~ besar yg berisi penuh; kopral itu meletakkan ~nya ke tanah; terlampau duka terurah ~, terlampau suka terurah rahsia prb apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia; buntilan buntil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laku | 1. gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupakan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, dikuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (terhadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu perbuatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan sesuatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual | ; berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. ~ langsung cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
royalti | 1. perkongsian keuntungan spt dlm pengusahaan lombong, telaga minyak, atau ciptaan jentera, yg dibayar kpd syarikat pengusaha kpd pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera: semua logam ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kpd kerajaan mengenakan ~ terhadap pengusahaannya; 2. bayaran tertentu yg dibuat oleh penerbit kpd pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka, spt buku dan piring hitam, yg terjual: saya bayar karangan-karangan beliau dgn harga yg mahal atau saya membayar ~ yg lebih tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual | berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang:Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. jual beli hal menjual dan membeli. berjual beli berpencarian dgn menjual dan membeli barang-barang. memperjualbelikan menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
advance payment | bayaran pendahuluan | - | Tiada | Bayaran permulaan yang diberikan oleh penerbit kepada penulis dan akan ditolak daripada royalti yang sepatutnya diterima setelah buku terbit atau terjual. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terjual | [ter.jual] | ترجوال |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjual |
|
|