Kata |
Takrif |
Sumber |
tinga | Mn kurang pendengaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekak labang | kurang pendengaran, agak pekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labang I | kurang pendengaran, agak pekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat telinga | pekak, kurang jelas pendengaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyata | 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
canggung I | 1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercanggung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyata | 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar |
kecanggungan | 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat | 1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel Salina karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang | 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, keadaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-katanya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-benderang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.306.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.006.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. membersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia berubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: peraturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menunjukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg menerangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat diperlukan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerangkan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
undermasking | penopengan kurang | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Kegagalan mengubah nilai ambang pendengaran daripada telinga yang diuji akibat penopengan yang rendah. 2. Masalah yang timbul apabila bunyi penopengan yang digunakan tidak dapat menghasilkan anjakan ambang pendengaran yang diperlukan pada telinga yang diuji. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tenep | sayup (bkn kurang jelas pd penglihatan, pendengaran); | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb bersamaan dengan 1 × 10 -8 volt. (KEJ) abyssal plain (dataran abisal) Bahagian lantai lautan yang sangat rata, terdiri daripada enapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1 : 1000. (BIO) acacia gum (gam akasia) Lihat arabic gum. (TEKMA) acapnia (akapnia) Kekurangan karbon dioksida dalam darah. (BIO, UBAT) Acarina (Acarina) Order terbesar daripada kelas Arachnida, termasuk hama untuk menahan kesan pelem- butan dan kesan kakisan dari asid organik, asid mineral atau larutan air yang mengandungi asid dan/atau garam dari asid tersebut. Larutan tersebut mem - punyai pH kurang daripada 7. (KEJ) acid value (nilai asid) Jumlah miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas dalam 1 gm minyak, lemak dan lilin. Bilangan ini ditentukan secara pentit- ratan
|
Kamus Thai 2.indb แต ่ มันจะวางไข ่ ไว ้ บนบก Sungguhpun pe- nyu hidup di laut, namun ia bertelur di darat. บกพร ่ อง [-pr] ก berkurangan: ประสาท หูของคุณยายผมบกพร ่ องเนื่ องจากอายุมาก Deria pendengaran nenek saya sema kin berkurangan kerana usianya sa ngat lanjut. บงการ [boka:n] ก mengarah, me- merintah: อย ่ าได ้ มาบงการฉันเพราะฉันไม ่ ใช ่ ลูกน ้ องแก Jangan cuba สำนักนายกรัฐมนตรีกำลังประมวลพระราชบัญญัติ และระเบียบต ่ าง ๆ เพื่ อจัดทำเป็นหนังสือ Jaba- tan Perdana Menteri sedang menyusun akta dan peraturan untuk dibukukan. ประมวลกฎหมาย [-kotma:y] น buku undang-undang ประมาณ [prama:n] ว lebih kurang, kira-kira: อายุของเขาประมาณ 25 ปี Umur nya lebih kurang 25 tahun. ประมาท [prama:t] ว cuai, tidak ber- hati-hati, lalai ประมุข [pramuk] น ketua, pemimpin ประมูล [pramu:n
|
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
|