Kata |
Takrif |
Sumber |
renggang I | 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencengkam | 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencengkam | 1. memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2. menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3. ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. | Kamus Pelajar |
cengkam | , = cengkaman 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan, kaki) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengkam | = cengkaman 1. genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2. kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1. memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar:Helang ~ anak ayam. 2. menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3. ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesra | 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padu | 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau bersepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan, memadankan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatupadukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampurkan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dingin | 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika dibandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan kekerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak meninggalkan cecair; ~ udara alat utk mendinginkan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dr biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendukung | 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rageang | renggang; 1 tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya dll, gang-gang: asok-asok didieng lebok ~ buyak pala papan-papan dinding rumah renggang kena panas matahari; 2 agak jauh, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: bei wak pengan a | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb ca:] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n ่ างหน ้ าตานิสัย) jelik, buruk ชั่วโมง [cuamo:] น jam: กรรมกรต ้ อง ทำงานว ั นละไม ่ น ้ อยกว ่ าแปดช ั ่ วโมง Buruh mesti bekerja tidak kurang daripada lapan jam sehari. ชา 1 [ca:] น teh ชา 2 [ca:] ว kebas: ปลายนิ้ วมือของปู ่ ชา Hujung jari datuk kebas. ช ้ า [ca:] ว 1 perlahan-lahan
|
Kamus Thai 2.indb ความร ่ วมมือ ของท ั ้ งสองฝ่ายได ้ ก ่ อความส ั มพ ั นธ ์ ที่ แนบแน ่ น ขึ้ น Kerjasama kedua-dua pihak telah mewujudkan perhubungan yang erat. 2 mencetuskan: สหร ั ฐอเมริกาก ่ อสงครามก ั บอิร ั ก โดยไม ่ สนใจมติสหประชาชาติ Amerika Syari- kat mencetuskan peperangan dengan Iraq tanpa mengendahkan keputusan PBB. 3 menyalakan: ชาวสวนคนน ั ้นกำล syif: เจ ้ าหน ้ าที่ ร ั กษาความ ปลอดภ ั ยต ้ องทำงานกะหนึ่ ง ๆ ไม ่ ต ่ ำกว ่ าแปดช ั ่วโมง Pegawai keselamatan harus bekerja tidak kurang daripada lapan jam untuk satu syif. กะ 2 [ka] ก menjangkakan, mengagak: เขากะว ่ าอีกประมาณหนึ่ งช ั ่งโมงเครื่ องบินลำน ั ้ น ก็จะถึงกรุงเทพฯ Dia menjangkakan kira- kira satu jam lagi |
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
|