Kata |
Takrif |
Sumber |
kurang adat | tidak sopan; biadab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kurang adat | tidak sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang adat | tidak sopan, kurang ajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paul | ark 1. (Sunda) warna biru; 2. Jk orang yg tidak senonoh (kurang adat, tidak sopan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang adab | tidak tahu adat; kurang sopan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1. baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2. telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar |
adat | 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa I | 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; ~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; ~ baku bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; ~ basahan = ~ hari-hari bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; ~ besar bahasa yg sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yg tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia; ~ buatan a) = ~ rekaan bahasa yg menggunakan peraturan dan gaya yg direka bentuk khusus oleh manusia utk kegunaan tertentu (spt dlm komputer); b) = ~ dunia; ~ dagang bahasa perdagangan; ~ bumiputera bahasa peribumi; ~ daerah loghat daerah; ~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); ~ dunia a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = ~ buatan bahasa rekaan yg disyorkan dipakai di seluruh dunia (spt bahasa Esperanto); ~ halus bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); ~ hidup bahasa yg masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat; ~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; ~ ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; ~ isyarat cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; ~ (kacuk-) kacukan = ~ pasar a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; ~ kasar bahasa yg tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan); ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; ~ kedua bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; ~ kesat bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; ~ kiasan perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; ~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan utk mengarang atur cara komputer; ~ lisan bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; ~ mati bahasa yg tidak digunakan lagi (secara aktif) dlm masyarakat; ~ Melayu kuno bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; ~ nadaan bahasa yg pola nadanya membentuk sebahagian drpd struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai; ~ Oceania bahasa yg dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik; ~ penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb); ~ penyatu bahasa persatuan; ~ peraga bahasa utama yg saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris); ~ perantaraan bahasa yg digunakan dlm perhubungan (percakapan dll) antara orang-orang yg berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa); ~ percakapan bahasa hari-hari; ~ perdagangan bahasa yg digunakan dlm dunia perdagangan; ~ peribumi bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; ~ persatuan bahasa yg berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dlm masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb; ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan karya kesusasteraan; ~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan; ~ rojak bp bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris); ~ sasaran bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; ~ standard bahasa baku; ~ sukuan bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; ~ sumber a) bahasa yg merupakan (bahasa) asal kata pinjaman; b) bahasa yg akan diterjemahkan ke dlm bahasa yg lain; ilmu ~ a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa; b) tatabahasa; ~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga); ~ menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita; berbahasa 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~;membahasakan, memperbahasakan 1. melahirkan dgn perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan: bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; 2. menyebut, memanggil: dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; 3. menegur, mempersilakan dgn hormat: mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;kebahasaan hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; perbahasaan 1. peribahasa; 2. pertuturan: pakaian dan ~nya telah bertukar;pembahasaan perihal (proses, perbuatan dsb) melahirkan idea, gagasan dsb dgn menggunakan bahasa: teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yg mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;perbahasa 1. = perbahasaan peribahasa; 2. adat sopan santun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggung I | 1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercanggung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
menanranpoh Kd Lt | pakaian tradisional suku kaum Lotud. | Lebih kurang pada jam dua petang, mereka mula menarikan tarian Sumayau. Penari-penarinya terdiri daripada kaum lelaki dan kaum wanita yang memakai pakaian tradisional yang disebut "Menanrapoh". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb sag( گس )samt, jahat( تهج ،تمس )sonnat( ت ّ ـنس )sanjāb( باجنس )sanjāgh( قاجنس )sanjāghak( کقاجنس permukaan timba, baldi kedutaan memesan berdaftar bermusafir putih duta siling pentas anjing arah, hala adat resam, kebiasaan tupai jarum peniti pepatung surface pail embassy to order registered to travel white ambassador ceiling satage dog direction, side tradition, sunna squirrel pin dragonfly کقاجنس حطس Kamus Parsi ل َحم )maḥall-e pardākht-e ‘avārez̤( )maḥall-e ghazākhorī( ىروخاذغ ّ لحم )mokh [maghz[( )زغم( خ ُ ـم )mokhālefat kardan( ندرک تفلاخم pergelangan tangan mustahil kasih sayang, cinta serba kurang, papa, miskin diyakini tahan, terpelihara hina padat, kukuh tempat plaza tol kantin otak melawan, menentang wrist impossible love, affection in need, needy, poor trustworthy kept, protected contemptible firm place toll
|
Kamus Thai 2.indb ประเทศในว ้ นที่ 24 ตุลาคม ปี ค.ศ. 1945 Piagam Bangsa-bangsa Bersatu telah ditandatangani dan diluluskan oleh wakil dari 50 buah negara pada 24 Oktober 1945. ธรรมเนียม [-niam] น adat resam ธรรมเนียมประเพณี [-niamprape:- ni:] น tradisi ธรรมาสน ์ [-ma:t] น peterana sami ธัญญาหาร [tanya:ha:n] น bijirin: ข ้ าวสารเป็นธัญญาหารหลักที่ ประเทศไทยเป็นผู ้ ส ่ งออก Beras merupakan bijirin 2008 11:09:22 AM ป 236 ประพันธ ์ [prapan] ก mengarang ประพาส [prapa:t] ก mengembara: พระองค ์ เคยเสด็จประพาสยุโรป Baginda per- nah mengembara ke Eropah. ประเพณี [prape:ni:] น adat resam ประภาคาร [prapa:ka:n] น rumah api ประเภท [prape:t] น jenis ประมง [pramo] น perikanan ประมวล [pramuan] ก menyusun: สำนักนายกรัฐมนตรีกำลังประมวลพระราชบัญญัติ และระเบียบต ่ าง ๆ เพื่ อจัดทำเป็นหนังสือ Jaba- tan
|
Kamus Thai 2.indb ca:] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n เกิดขึ้ นบนท ้ องถนน Pe mandu lori sedang menerangkan se cara terperinci peristiwa kemalangan yang berlaku di jalan raya. จาระบี [ca:rabi:] น gris จารีต [ca:ri :t] น adat istiadat จารีตประเพณี [-prape:ni:] น adat resam จารึก [ca:rk] ก 1 mengukir atas batu atau logam: สมเด็จรามคำแหงมหาราชทรง จารึกพยัญชนะไทยไว ้ บนแผ ่ นศิลา Maharaja Rama Khamhaeng mengukir huruf- huruf Thai |
Kamus Thai 2.indb syif: เจ ้ าหน ้ าที่ ร ั กษาความ ปลอดภ ั ยต ้ องทำงานกะหนึ่ ง ๆ ไม ่ ต ่ ำกว ่ าแปดช ั ่วโมง Pegawai keselamatan harus bekerja tidak kurang daripada lapan jam untuk satu syif. กะ 2 [ka] ก menjangkakan, mengagak: เขากะว ่ าอีกประมาณหนึ่ งช ั ่งโมงเครื่ องบินลำน ั ้ น ก็จะถึงกรุงเทพฯ Dia menjangkakan kira- kira satu jam lagi กระป๋อง Ibu membeli empat tin susu pekat manis. ข ขจร ข ้ น Kamus Thai 2.indb 30 4/15/2008 11:03:10 AM ข 31 ขนบธรรมเนียม [kanoptamniam] น adat: การจ ั บมือเมื่ อพบก ั นเป็นล ั กษณะหนึ่ ง ของขนบธรรมเนียมมลายู Bersalam meru- pakan satu ciri adat Melayu. ขนบประเพณี [kanopprape:ni:] น adat istiadat: พิธีแต ่ งงานลูกของข ้ าราชการช ั ้น
|
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
|