Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sila rujuk lampiran. Tq. | Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat. | Tatabahasa | 28.03.2019 |
1) Antara perkataan sabung-menyabung dan sambar-menyambar, yang mana satu penggunaannya paling sesuai dalam ayat berikut. - Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung/sambar-menyambar. 2) Adakah penggunaan kesat dalam ayat berikut betul? - Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. - Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. - Saya kurang puas kerana meja yang baru dibeli ini kesat. | 1) Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung. 2) Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. (Tidak sesuai) Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. (Betul) Saya kurang berpuas hati kerana meja yang baru dibeli ini kesat. (Betul) | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Bolehkah tuan/puan berikan contoh-contoh benda, keadaan, dll. untuk membezakan penggunaan kata adjektif kasar dan kesat? Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau kesat? Dalam situasi-situasi apakah kata adjektif kasar dan kesat sesuai digunakan? Terima kasih. | Sila rujuk pada lampiran | Makna | 19.03.2019 |
Tiada lampiran dalam e-mel pihak tuan/puan. Tq. | Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat. | Tatabahasa | 28.03.2019 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
Swab taken from bottle diterjemahkan kepada kesatan daripada botol. Adakah penggunaan perkataan kesatan tersebut betul? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi swab ialah kapas kesat yang digunakan dalam bidang perubatan. Pada padangan kami, ayat yang betul ialah kapas kesat yang diambil daripada botol sekiranya bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2018 |
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah invasive species. Entri mengenai istilah invasive sendiri dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan terhad kepada makna invasive sebagai kata-kata kesat. Terima kasih. | Dalam ungkapan umum invasive diterjemahkan kepada kata-kata kesat, dan dalam bidang perubatan dan farmasi, invasive diterjemahkan dan disesuaikan ejaan menjadi invasif. Jika penggunaan yang berkaitan dengan konteks perubatan dan farmasi, invasive species boleh diterjemahkan kepada spesies invasif boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=invasive. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2016 |
MAKSUD TERPERINCI BAHASA KESAT,PUNCA PENGGUNAANNYA DAN KESAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAANNYA TERUTAMA KEPADA PELAJAR.TERIMA KASIH | mar-7886, Jika sdr. perlukan jawapan secara terperinci sila dapatkan buku yang pelbagai tajuk yang membincangkan perkara ini. namun secara ringkasnya punca daripada pertanyaan saudara ialah kurangnya pengetahuan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekarang. Kesannya tentulah memperlihatkan keidaksantunannya remaja dalam setiap tingkah laku yang dilakukan. | Makna | 31.07.2007 |
1.Jelaskan maksud antara menyakiti dan menyakitkan 2.Dia menyakiti/menyakitkan hati saya kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya. | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 04.01.2018 |