Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Daun mengenalkan pohonnya.

Takrif

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebab buah dikenal pohonnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Usul menunjukkan asal.

Takrif

Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buaian diayun anak dicubit.

Takrif

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.

Takrif

Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab buah dikenal pohonnya.

Takrif

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun mengenalkan pohonnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bahasa menunjukkan bangsa.

Takrif

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa.

Takrif

Kelakuan yang tidak senonoh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.

Takrif

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buaian pun digoncang, anak pun dicubit.

Takrif

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak meluruskan ekor anjing.

Takrif

Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,