Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan kelakuan dan perlakuan?Bezanya ialah:

Kelakuan tingkah laku, perangai
Perlakuan = perbuatan, berlaku atau berperangai
Makna07.10.2019
perlakuannya yang kasar itu menyakitkan hati rakan-rakannya. tuan, saya berasa kekeliruan antara kelakuan dengan perlakuan. Bolehkah ayat ini digantikan dengan kelakuannya? Tq Kelakuan dan pelakuan membawa maksud yang sama iaitu perbuatan.Tatabahasa18.08.2011
Salam Ramadhan ! Berdasarkan Kamus Pelajar, 1. mencolok mata = menimbulkan rasa meluat kerana berlebih-lebihan ( pakaian, kelakuan & lain-lain.) 2. menjolok mata = memberi malu @ menyakiti hati(perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb) Mohon pandangan tuan adakah maksudnya kedua-duanya sama atau terdapat perkara yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Berdasarkan huraian tersebut kedua-dua frasa memberi maksud yang hampir sama, namun pada kelazimannya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa27.06.2016
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal?betul.

Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:
i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai)
ii. Ter- + kata adjektif (terpandai)
iii. Paling + kata adjektif (paling pandai)
iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik)
v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali)
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260.
Tatabahasa03.09.2012
1. Adalah sukar untuk Aminah mempercayai kelakuan negatif anaknya, Misran. Ayat ini betul atau salah? 2. Adakah perkataan jurupandu?Ayat ini salah kerana mengikut struktur bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di permulaan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Ejaan jurupandu betul.Tatabahasa13.09.2008
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu?Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan.Istilah17.05.2011
apakah mksd disiplin????bagi seertiDisiplin ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib.Makna04.04.2009
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.).Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya,  Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya.  Lain-lain28.02.2020
Selamat petang, tuan/puan. Saya mempunyai istilah "organizational citizenship behavior" dan diterjemah kepada "kelakuan kewargaan organisasi". Adakah perterjemahan ini tepat? Istilah BM ini pernah digunakan oleh penyelidik Malaysia yang lepas.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "organizational citizenship behaviour" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "organizational behaviour" yang padanan bahasa Melayunya ialah gelagat organisasi. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "organizational citizenship behaviour" ialah gelagat kewarganegaraan organisasi.  Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks dan penggunaannya.Istilah30.08.2013
Telatah atau teletah?Jawapan yang betul ialah telatah yang bermaksud gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai.Ejaan03.11.2015
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa
183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...