Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ILIADIliad ialah puisi Yunani tertua yang masih kekal.
UMUMUmum
KUSPID

Kuspid lihat Gigi (Gigi kekal).

UMUM
PARUT

Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah

kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain

yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang

dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan.

UMUM
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM
SMITH, JOHN

Smith, John (1580?1631) ialah askar dan

pengembara Inggeris. Dia membantu menubuhkan

tanah jajahan Inggeris kekal yang pertama di

Amerika iaitu di Jamestown, Virginia.

UMUM
KELUMPUHAN

Kelumpuhan ialah kehilangan upaya untuk

bergerak. Ia mungkin bersifat separa atau

menyeluruh dan sementara atau kekal. Keadaan ini

boleh melibatkan otot di mana-mana bahagian

tubuh. Dalam banyak kes, kelumpuhan juga disertai

kehilangan deria di bahagian tubuh yang terlibat.

UMUM
TAMERLANE

Tamerlane (1336?1405) ialah penakluk dari Asia

yang menggunakan pedang untuk membina

empayar yang luas tetapi tidak kekal lama. Dia juga

dikenali sebagai Timur the Lame .

Tamerlane ialah orang Tartar, iaitu bangsa

Mongol Turki dari keturunan Genghis Khan,

seorang lagi penakluk dari Asia.

UMUM
MOORE, HENRY

Moore, Henry (18981986), pengarca Inggeris.

Karyanya menyerupai objek kayu atau batu yang

dibentuk oleh kejadian alam semula jadi.

Kebanyakannya direka cipta untuk tahan kekal di

persekitaran luar.

UMUM
KULTUS KARGO

Kultus kargo ialah nama yang diberi kepada

kebanyakan kultus keagamaan yang terdahulu dan

yang tidak kekal lama di New Guinea dan bahagian

timur melalui Melanesia hingga ke Fiji.

UMUM
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
196

Every flow has its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...