Kata |
Takrif |
Sumber |
stabil | I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekal | 1 tidak berubah-ubah keadaannya; tetap; konsisten: Kaedah yg ~ digunakan demi menjaga kualiti keluaran. menekalkan menjaga atau mengusahakan supaya tekal. ketekalan keadaan atau hal tekal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mapan | 1 tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap: Bahasa Melayu yg sudah ~ mampu menjadi bahasa perhubungan di Nusantara. 2 sudah kukuh, stabil atau teguh (bkn kedudukan dsb); sudah dikenali ramai (bkn seseorang): Samad Said, Anwar Ridwan, dan Kemala ialah antara penulis yg sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekal | 1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten; 2. sesuai, selaras sepanjang masa; 3. ki teguh, tetap berpegang pd pendirian, pendapat, dll;ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguh setia | tidak berubah-ubah kesetiaannya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekat | ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menstabilkan | menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muka selamba | muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentu | 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. | Kamus Pelajar |
kekekalan | keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
closed skill | kemahiran terkawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil dengan penerimaan rangsangan yang tidak berubah-ubah dan pergerakan boleh dikawal oleh pelaku. Contohnya, semasa melempar cakera, pemain perlu mengawal corak pergerakan yang akan dihasilkan dan mampu menguasai teknik lemparan yang betul. |
ceteris paribus | ceteris paribus | Ekonomi | Tiada | Frasa Latin yang bermaksud hal atau faktor lain tidak berubah. Ceteris paribus ialah andaian penting dalam analisis ekonomi yang menunjukkan kesan perubahan satu atau beberapa pemboleh ubah bebas, sementara pemboleh ubah bebas yang lain adalah tetap. Misalnya, kesan perubahan harga terhadap permintaan sesuatu barang dengan andaian bahawa faktor-faktor lain termasuk pendapatan adalah tetap. |
tidal marsh | rawang pasang surut | Sains Marin | Tiada | Rawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini. |
indeterminate error | ralat tak tentu | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang tidak dapat ditentukan dan tidak dapat dikawal. Ia biasanya mempunyai magnitud dan arah yang berubah-ubah daripada satu pengukuran dengan pengukuran yang lain. Ralat ini juga sebagai ralat rawak. |
open skill | kemahiran luar kawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan berdasarkan kriteria persekitaran yang dinamik, dengan penerimaan rangsangan yang sentiasa berubah- ubah dan tidak dapat dikawal oleh pelaku. Contohnya, reaksi pemain badminton apabila menerima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain tersebut ingin melakukan pukulan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis pihak lawan atau tidak. |
single grade oil | minyak satu gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred. |
mood | mood | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan fikiran atau perasaan penulis yang menyelubungi pengkaryaannya. Mood kadangkala ditukar ganti dengan nada kerana cakupannya meliputi sikap pengarang terhadap subjek yang ditanganinya, tetapi dibezakan sedikit dengan suasana kerana tidak meliputi aspek latar dan perincian fizikal. Mood pengarang boleh berubah-ubah, sesuai dengan perubahan keadaan fikiran atau perasaan watak yang berlaku dalam cerita. Istilah mood berasal daripada Inggeris lama yang bermaksud hati, perasaan, fikiran dan semangat. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin. |
sign | tanda | Kesusasteraan | Tiada | Unit komunikasi yang paling asas. Unit ini berbentuk linguistik (huruf atau perkataan) atau bukan linguistik (baju, gambar, atau apa-apa yang boleh dianggap mempunyai makna). Sesuatu tanda pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang makna, melainkan pengguna mengiktirafnya sebagai suatu tanda. Maksud sesuatu tanda perlu dipelajari oleh pengguna dan nilai tanda boleh berubah-ubah. Penanda dan petanda saling berkait. Penanda merujuk kepada kosa kata, manakala petanda merujuk kepada entiti atau idea yang dihubungkannya. Contohnya, perkataan kucing ialah tanda yang mengandungi penanda yang membentuk kata kucing, dan petanda ialah imej mental seekor binatang dalam minda pembaca. Penanda tidak terhad kepada kosa kata sahaja, tetapi juga merangkumi sebarang sistem yang memberi makna termasuklah lukisan, sistem lampu trafik, dan bahasa isyarat. Kritikan semiotik dalam sastera banyak memanfaatkan konsep tanda ini. Tanda dalam bahasa Latin bermaksuk nota atau simbol. |
ambiguity | ambiguiti | Kesusasteraan | Tiada | Penjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud berubah-ubah atau tidak pasti. Ambiguiti dikenali juga sebagak ketaksaan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
uran | hujan | - | - | uranan sinangan | berhujan berpanas (tidak berubah-ubah nasib atau keadaan) | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Iranun |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur selama beribu-ribu tahun, apabila benda bukan hidup berubah se- cara berperingkat untuk membentuk benda hidup. (UBAT) abiotic (abiotik) Berkaitan dengan sesuatu yang bukan hidup. Contohnya, faktor abiotik yang mengawal aktiviti biologi ialah pH, suhu dan kelembapan. Sinonim abiotic
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Kamus Thai 2.indb mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ ้ านปลูกต ้ น กกเพื่ อป ้ องก ั นตลิ่ งพ ั ง Penduduk kampung menanam pokok menderung supaya tebing sungai tidak runtuh. กก 2 [kok] ก mengeram: นกกระทากำล ั งกกไข ่ Burung puyuh sedang mengeram. ก ๊ ก [kok] น kumpulan, kelompok: ก ่ อน สม ั ยกรุงธนบุรี กองท ั พไทยแตกเป็นก ยานพาหนะต ้ องเคารพกฎจราจร Pemandu kenderaan harus mematuhi peraturan lalu lintas. กฎธรรมชาติ [-tammaca:t] น hukum alamiah: เกิดและตายไปเป็นกฎธรรมชาติที่ ทุก คนไม ่ สามารถหลีกเลี่ ยงได ้ Hidup dan mati menjadi hukum alamiah yang tidak dapat dielakkan oleh semua orang. กฎบัตร [-bat] น piagam: ประเทศ สมาชิกต ้ องเคารพกฎบ ั ตรสหประชาชาติ Ne- gara ahli mesti mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. กฎมนเทียรบาล [-montianba:n] น undang
|
Kamus Thai 2.indb ศาสตราจารย ์ สมปราชญ ์ ไม ่ สามารถร ่ วมการประชุมปฏิบัติการ รม ร ่ วม Kamus Thai 2.indb 309 4/15/2008 11:11:59 AM ร 310 ในวันนี้ Profesor Somprach tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini. ร ่ วมใจ [-cai] ว bersatu hati: ชาวบ ้ าน ร ่ วมใจกันต ่ อต ้ านโครงการวางท ่ อก ๊ าซไทย มาเลเซีย Orang kampung 2 (แปลงผ ั ก) batas ร ่ องรอย [-r:y] น kesan: โจรเข ้ าไปใน บ ้ านนั้ นโดยไม ่ ทิ้ งร ่ องรอย Pencuri memasu ki rumah itu dengan tidak meninggal- kan sebarang kesan. ร ้ อง [r:] ก berteriak: เด็กคนนั้ นร ้ อง ด ้ วยเสียงอันดัง Budak itu berteriak de ngan suara yang lantang. ร ้ องทุกข ์ |
Kamus Thai 2.indb Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising, ri- uh-rendah: บรรยากาศที่ ตลาดนั้ นจอแจมาก Keadaan di pasar itu hingar-bingar ] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n] น
|
|
|