Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Berdiri tegak di kapal, Berjumbal meranti jomat; Kalaupun jadi tidakkan kekal, Kalaupun kekal tidak selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi.Pantun Melayu SarawakKasih
Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak taji kuberi taji, Taji tunggal mata berpamer; Hendak janji kuberi janji, Janji kekal sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa memetik kelapa, Hendak menyambut Aidilfitri; Budi kami tidak seberapa, Kenangan diberi kekal abadi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Banyaklah orang menjerat rusa, Rusa bermain ditugal padi; Banyaklah orang berbuat jasa, Jasa pemimpin kekal abadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hingar bingar di Taman Pelita, Tawar menawar menjual bunga; Dengar nasihat para pendita, Dunia tak kekal selamanya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
196

Every flow has its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...