Menganyam Kedukaan dan memperakukan lima (5) orang penulis untuk menerima Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 1991 dalam bahagian puisi mi, sebulat kata berpendapat sumbangan serta bakatnya berdasarkan karya masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan sebagai suatu pengucapan seni sastera. xi I,APDRAN PANEL PENILAI PUISI 1991 Abizai Abi dengan puisi “Jangan” yang membawakan objek-objek ‘ranting’, ‘joran’, ‘keris dan ‘atap’ telah mengemuka- kan suatu ketuhanan dan keagamaan. Walaupun pernyataan- nya membawakan bayangan rasa yang telah lazim dikenal, iaitu tentang hubungan insan dengan keagungan, kebesaran dan kemuliaan kekuasaan Tuhan tetapi cara penyampaiannya memperlihatkan kekuatan dan keistimewaan. mi terutamanya, penggunaan ungkapan-ungkapan seperti ‘embun dingin di taman-Mu’, ‘mentari tujuh langit-Mu’ dan ‘taman keredhaan- Mu’ yang menimbulkan kesatuan citra tentang kemuliaan serta keagungan Tuhan. Di samping
|
|
|