Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kata cik puan merbah terbang, Kerana durian berbunga lagi; Jangan tuan cakap terbuang, Takut dia berguna lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.



Lihat selanjutnya...