Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ke bendanglah kami, Tidak berhuma lagi; Apa dipandang kepada kami, Kami tidak berguna lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ke seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bersilat kami tidak ku pandai, Siraung kami berdiri duduk; Kasih menahun tidaklah ku pandai, Kasih kami seumur hidup.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ujar khabar melambak janar, Melambak janar di tempurung bulu; Bukan kami hendak benar, Kami hendak maulu-ulu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka.
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.


Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
442

Like as two peas in a pod

Sama rupa

Salin tak tumpah

We had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are like as two peas in a pod.

Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti salin tak tumpah .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...