Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PATAH JIWA

Patah jiwa ialah istilah yang selalu digunakan

untuk merujuk kepada sebarang kelesuan yang

disebabkan oleh terlalu teruk bekerja sehingga

menghidap penyakit jiwa yang parah.

UMUM
SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUAZZAM SYAH IISULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUAZZAM SYAH II ( ? -1778), Sultan Kedah yang ke-19 (1710-1778).  Baginda ialah putera Sultan Abdullah Muazzam Syah (1698-1706).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ROHNama kepada jiwa manusia dan juga kepada aspek nyawa manusia.AGAMAKonsep
TEOSOFI

Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan

agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan

wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan

dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa

pengetahuan yang sebenar berpunca daripada

perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran

suci, dan bukannya melalui logik atau deria.

UMUM
REGGAE

Reggae ialah sejenis muzik popular yang

dikembangkan di Jamaica pada tahun 1960-an. Pada

mulanya, reggae dipersembahkan khusus untuk

rakyat Jamaica yang miskin. Kemudiannya Reggae

menjadi popular di seluruh Jamaica dan England

serta Amerika Syarikat. Reggae mempengaruhi jiwa

irama blues dan muzik rock.

UMUM
BERTAPA

BERTAPA,  usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang.  Bertapa juga disebut tapa yang membawa makna yang serupa.

BUDAYAPerayaan/Upacara
DOSTOEVSKY, FYODOR

Dostoevsky, Fyodor (18211881) merupakan

salah seorang penulis paling terkemuka dalam

kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang

terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi

watak hebat. Watak yang bersifat individu dan

kompleks biasanya menghasilkan plot yang

dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat

antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia.

UMUM
THOMPSON, FRANCIS

Thompson, Francis (18591907) ialah penyair

Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi

yang menggambarkan kepercayaannya yang

mendalam terhadap Roman Katolik. The Hound of

Heaven (1893) ialah karyanya yang paling terkenal.

Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ

sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami

dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang

terawang-awang.

UMUM
AWAN

Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais

halus yang terapung di udara. Awan putih gebu

yang terapung merentang langit biru, atau awan

yang berwarna-warni pada waktu matahari

terbenam merupakan sebahagian daripada

keindahan semula jadi. Awan juga memainkan

peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air

yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan

atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan.

Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah

ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia

menurunkan hujan batu atau tornado.

UMUM
MAKHLUK HALUS

MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain.

BUDAYAKepercayaan
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.



Lihat selanjutnya...