Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa tinggi pokok kubis, Tempat membuat ulam-ulaman; Sedikit lagi jiwa nak habis, Tempat berbudi kepada tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ikan kepala dua, Hanyut mayang dari hulu; Tidak tahan rasanya jiwa, Siang malam menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak raja di tepi telaga, Disuruh duduk untuk berhibur; Jikalau ada kasih dan jiwa, Tidur berdua tidak berlunjur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan.
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.



Lihat selanjutnya...