Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jiwa bergantung di hujung rambut.

Takrif

Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Takrif

Sedang berkasih-kasihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.

Takrif

Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.

Takrif

Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.

Takrif

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lantai dan dinding bertelinga belaka.

Takrif

Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.

Takrif

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.



Lihat selanjutnya...