Kata |
Takrif |
Sumber |
bersumpah-sumpahan | sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersumpah-sumpahan | saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersumpah-sumpahan | saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. | Kamus Pelajar |
sumpah I | bersumpah-sumpahan saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. | Kamus Pelajar |
sumpah I | 1 pengakuan yg dibuat bahawa apa-apa yg dikatakannya itu benar (biasanya dgn menyebut nama Tuhan). 2 pengakuan bahawa apa-apa yg dikatakannya itu memang benar dan berani melakukan sesuatu atau berani ditimpa sesuatu jika pengakuannya tidak benar. 3 janji atau ikrar yg teguh utk melakukan sesuatu: Baginda telah melafazkan ~ akan memerintah dgn adil dan saksama. 4 kata-kata yg buruk atau yg keji utk mengutuk orang: Dia sakit lumpuh mungkin kerana terkena ~ orang-orang yg dianiayanya. bersumpah 1 menyatakan kebenaran (sesuatu perkara) dgn sumpah; mengangkat sumpah: Sekalian saksi disuruh ~ dahulu. 2 berjanji sungguh-sungguh akan melakukan atau akan mematuhi sesuatu; berikrar: Dia ~ tidak akan mensia-siakan isterinya. bersumpah-sumpahan saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. menyumpah 1 mengucapkan kata-kata atau harapan yg tidak baik: Dia ~ kerana nasi bekalnya dihurung semut. 2 mengenakan sumpah pd; mengutuk: Mereka semua ~ pegawai yg munafik itu. mempersumpahkan 1 membuat pengakuan ttg sesuatu perkara dgn bersumpah. 2 menyuruh atau membiarkan bersumpah. sumpahan apa-apa atau sesuatu yg disumpah. persumpahan perbuatan atau hal bersumpah. penyumpahan perbuatan atau hal menyumpah. penyumpah orang yg menyumpah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sumpah I | 1. pengakuan yg dibuat (dgn bersaksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyembelih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan kesetiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menyeranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; dulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan membuat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. membuat sesuatu kenyataan dgn sumpah, bersumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Thai 2.indb ก bertinggung, bercangkung นั่ งร ้ าน [nara:n] น aram-aram, pe rancah นัด [nat] ก 1 berjanji: พวกเขาทั ้ งสองนัดพบ กันที่ ร ้ านน ้ ำชาเปาะเลาะฮ Mereka ber- janji akan bertemu di kedai kopi Pak Lah. ลน 2 a (การประชุม แข ่ งขัน) kali: เขาไม ่ มาประชุมสองนัด Dia tidak hadir me- syuarat sebanyak dua kali. b (ยิง) das: ตำรวจยิงใส ์ Akibat serangan strok, mukanya menjadi herot. บิดเบือน [-ban] ก memutarbelitkan: นักข ่ าวพยายามบิดเบือนข ่ าวที่ เป็นจริง War- tawan cuba memutarbelitkan berita yang sebenar. บิดพลิ้ ว [-pliw] ก memungkiri janji: อย ่ าเป ็นคนชอบบิดพลิ้ วสัญญาที่ ให ้ ไว ้ Ja ngan menjadi orang yang suka me- mungkiri janji. บิดา [bida:] น bapa บิน [bin] ก terbang บิ่ น [bin] ก
|
Kamus Thai 2.indb satu naluri manusia. สัญชาติ [sanca:t] น kewarganega- raan: ชาวเขาอีกหลายชนเผ ่ ายังไม ่ ได ้ สัญชาติ ไทย Beberapa suku kaum orang bukit belum mendapat kewarganegaraaan Thai. สัญญา [sanya:] น 1 janji คุณต ้ องรักษา สัญญาที่ คุณให ้ ไว ้ Anda mesti menepati janji yang anda berikan. ก 2 berjanji: เพื่ อนฉันสัญญาว ่ าจะกลับบ ้ านช ่ วงปิดภาคเรียน ฤดูร ้ อนนี้ Kawan saya berjanji bahawa dia akan pulang pada masa cuti musim panas ini |
|
Tesaurus |
---|
| janji (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,
2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,
| Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian, |
|
|