Pantun |
Sumber |
Tema |
Ingat-ingat mencari kerang, Mencari kerang ada tempatnya; Ingat-ingat di negeri orang, Negeri orang ada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ingat-ingat merendam kain, Kain itu ada kapasnya, Ingat-ingat dalam bermain, Bermain itu ada batasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ingat-ingat memancang tiang, Salah cacak rosaklah kayu; Ingat-ingat abang meminang, Salah cakap mendapat malu. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat-ingat menebang kayu, Patah kayu menimpa kepala; Ingat-ingat abang merayu, Salah rayu membawa bala. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat-ingat memasang taji, Bila longgar jatuh ke tanah; Ingat-ingat abang berjanji, Bila dilanggar dimakan sumpah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat-ingat memasang jerat, Salah jerat badan yang kena; Ingat-ingat abang memikat, Salah pikat tangan kan hampa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sudah biasa berenang, Ingat-ingat pada basahnya; Kalau sudah biasa senang, Ingat-ingat pada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berjaja berdagang garam, Ingat-ingat ditimpa hujan; Kalau bekerja siang dan malam, Ingat-ingat memlihara badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau menebang kayu nan tinggi, Ingat-ingat rantingnya patah; Kalau terbang tinggi-tinggi, Ingat-ingat bumi di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ingat-ingat berjalan senja, Salah langkah jatuh ke sungai; Ingat-ingatlah pesan hamba, Bila terlupa kita bercerai. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| ingat (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,
2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,
3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,
| Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan, |
|
Puisi |
---|
|
Hanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 606 Truth will come to light Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|