Kata |
Takrif |
Sumber |
bercadang | bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun hadapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercadang | mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercadang | bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negeri pd tahun hadapan. | Kamus Pelajar |
cadang | ; bercadang bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun hadapan. mencadangkan 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadangkan; pengusul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cadang | ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajun | bercadang, bermaksud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berura-ura | bercadang; bertujuan: Bapanya ~ hendak membeli rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berura-ura | bercadang; bertujuan: Bapanya ~ hendak membeli rumah. | Kamus Pelajar |
cadang | bercadang bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negeri pd tahun hadapan. mencadangkan 1. mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2. mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3. menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1. sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2. sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadangkan; pengusul. | Kamus Pelajar |
berkira-kira | 1 bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2 berfikir-fikir; menimbang: Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
purpose | vt (dated) bercadang: they ~ going abroad in the autumn, mereka bercadang utk pergi ke luar negeri dlm musim gugur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
plan | ~ on, /bercadang, merancang/ utk: she hadnt ~ned on having such a large family, dia tdk bercadang utk mempunyai keluarga yg besar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
propose | 2. nominate for membership or position, mencadangkan: the area representative ~d him as chairman, wakil kawasan itu mencadangkan dia dilantik sbg pengerusi; 3.have as os plan, bercadang: I ~ an early dinner and a good nights sleep before we leave in the morning, saya bercadang makan malam lebih awal dan tidur dgn nyenyaknya sebelum kita bertolak pd pagi besok; what do you ~ doing next?, kamu bercadang hendak membuat apa selepas ini?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
set | he intends to ~ up a well-equipped work bench in his garage, dia bercadang utk menyediakan meja kerja yg lengkap di garajnya; it will take some time to ~ up the cameras, memasang kamera-kamera itu akan mengambil masa yg agak lama; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exhibit | vi mengadakan pameran: the artist plans to ~ in several galleries, pelukis itu bercadang utk mengadakan pameran di beberapa balai seni; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
open | 4. set up, membuka: we plan to ~ another branch in Prai, kami bercadang utk membuka satu cawangan lagi di Prai; she ~ed a restaurant in the city, dia membuka restoran di bandar; 5. declare officially that (st) is ready to be used, operate, etc, membuka [sst] dgn rasmi: he was asked to ~ the exhibition, dia diminta membuka pameran itu dgn rasmi; HM the Yang Di-Pertuan Agong will ~ Parliament tomorrow, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan membuka Parlimen dgn rasminya esok; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
day-labourer | broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
school 1 | b. regular school hours, waktu sekolah: after ~ I plan to play football, selepas waktu sekolah saya bercadang utk bermain bola sepak; c. lessons, cuti: there will be no ~ tomorrow, esok cuti; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
scallop | vt decorate an edge with scallops, membuat sulam biku pd: she decided to ~ the edge of the babys dress, dia bercadang utk membuat sulam biku pd bahagian tepi baju bayi itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
single-decker | n bas satu tingkat: they have been talking of replacing the old ~s with double-decker buses to ease congestion, mereka bercadang utk menggantikan bas satu tingkat yg lama dgn bas dua tingkat utk melegakan kesesakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ramiform pit | pit ramoform | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit ringkas yang rongga pitnya mempunyai saluran-saluran yang bergabung dan bercadang. |
consensus | kesepakatan | Pengurusan | Perancangan | Keadaan apabila pendapat atau keputusan dipersetujui oleh semua pihak dan setiap ahli dalam kumpulan. Kesan daripada keputusan secara kesepakatan ialah pelaksanaan keputusan mendapat sokongan setiap ahli kumpulan tanpa bantahan atau percanggahan pendapat. Contohnya, sebuah syarikat yang bercadang untuk membuka pasaran di China, pada awalnya beberapa ahli pengurusan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Namun, selepas beberapa siri perbincangan yang mengambil kira maklumat terperinci meliputi aspek kelebihan dan kekurangan, akhirnya semua ahli bersetuju dan mencapai kesepakatan untuk menerima cadangan tersebut. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berkumbai buyu Ib | upacara yang dilakukan oleh manang untuk memanggil hantu yang sering mengganggu bayi dan perempuan mengandung dengan tujuan untuk membunuhnya. | Setelah lama begitu Rukuk bercadang untuk mengadakan suatu upacara yang dinamakan berkumbai buyu semasa isterinya baru saja melahirkan anak mereka yang kedua belas. Upacara bebunuh buyu selesai dilangsungkan, tetapi hantu buyu tidak juga dapat dibunuh. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mambut, *pambus* Ib | perihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ. | Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bercadang | [ber.ca.dang] | برچادڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercadang |
|
|