Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.

Takrif

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Takrif

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telah ke tengah makan api.

Takrif

Perselisihan yang hebat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.

Takrif

Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti penjajap berpaling hendak hilir.

Takrif

Perempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Misai bertaring bagai penglima, sebulan sekali tak bunuh orang.

Takrif

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi penakut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.

Takrif

Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.



Lihat selanjutnya...